RSS Subscription

Speech on Transport Ministry

I woke up a bit late this morning after a bad dream. Today is the debate on the budget allocation given to the Transport Ministry. I then recalled a driving trainer had once complaint to me about the problems faced by the driving training institute. I then tried to get his number and call him to get an update of the situation. One of the driving trainers was very happy to hear me calling him and asked about issues confronting them. He said he wanted to help me to register as voters and he will encourage all his students and relatives to vote for me.

I typed my speech quickly on my laptop when I arrived in Parliament. I have tried my best to stand up and speak, but the speaker Lim Si Cheng purposely let the DAP MPs be the last to speak. He biasly gave chance to other MPs, especially BN MPs to speak before us. When he allowed the PAS MP from Pengkalan Chepa who stood up for the first time to speak, I then said that was discrimination. Lim Si Cheng asked me to repeat it, I then said it again, then he said, “Seputeh doesn’t need to speak now.” He made me wait till 1pm when the Parliament was supposed to break for lunch, then I only managed to speak for a few minutes.

My speech:

Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan Pada 22 November 2006

060400 Pengujian dan Perlesenan Pemandu

080000 keselamatan jalan raya

1) Ramai pelatih pemandu merasa kesal kerana YB Menteri jarang mengadakan pertemuan dan dialog dengan persatuan institut latihan pemandu, sehingga beliau tidak memahami masalah yang dihadapi oleh para pelatih pemandu ini.

Para pengurus institut latihan pemandu ini merasa kesal atas dasar JPJ yang hanya membenarkan pembaharuan lesen bagi institut latihan pemandu yang mempunyai sekurang-kurang 100 pelajar setahun sahaja. Dasar ini merupakan satu dasar yang diskriminasi terhadap institut pelatih pemandu yang berskel kecil.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalanraya juga menggalakkan institut latihan pemandu yang berskel kecil untuk bercantum institut latihan pemandu yang lebih besar. Percantuman seperti ini akan menyebabkan kesemua hartanah kolej latihan pemandu yang kecil disatukan kepada institut latihan pemandu yang lebih besar. Percantuman institut latihan pemandu ini kadang-kadang amat sukar dijalankan kerana bukan semua pengurus institut latihan pemandu yang kecil sudi berbuat demikian, dan dasar seperti ini adalah amat tidak adil kepada pengurus institut latihan pemandu yang kecil, dan dasar seperti ini yang hanya bermanfaat kepada syarikat institut latihan pemandu yang besar.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya samada pihak kementerian akan meningkatkan perlengkapan sistem pengkomputeran JPJ. Sistem perkomputeran yang selalu rosak bukan sahaja menyusahkan orang yang ingin membaharui lesen, tetapi ia juga menyusahkan pelatih pemandu yang ingin mendaftar nama pelajar yang ingin menyertai peperiksaan memandu kereta.

Selain itu, apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menghapuskan rasuah yang kerap berlaku dalam pengujian pemandu baru, dan juga kes gangguan seksual yang dihadapi oleh wanita yang menghadapi peperiksaan pemandu, seperti apa yang berlaku pada anak perempuan pemimpin MCA di Wilayah Persekutuan.

Adalah sekarang Mykad tidak mengandungi lesen pemandu? Kenapa tiada pengumuman daripada pihak kementerian?

2) Pembatalan penerbangan MAS yang berulang-alik dari KL ke Tawau dan Sandakan adalah amat tidak adil bagi orang Sabah. Sekarang hanya Air Asia mengadakan penerbangan terus ke kedua-dua kawasan ini, sekiranya orang di Tawau dan Sandakan ingin naik kapalterbang MAS, mereka terpaksa mengadakan transit di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, dan ini adalah amat membazirkan masa bagi penumpang yang ingin pergi ke Sandakan dan Tawau. Memandangkan kebanyakan kapal terbang Air Asia yang berulang-alik dari KL ke Tawau itu selalu penuh dengan penumpang, saya cadangkan supaya MAS memulihkan penerbangan terus berulang-alik dari KL ke Sandakan dan KL ke Tawau.

3) Saya merasa amat kesal kerana Menteri Pengangkutan menghalang tindakan polis untuk mengurangkan kos saman kesalahan trafik pada beberapa bulan yang lepas. Saya setuju atas cadangan polis untuk mengurangkan kos saman trafik, kerana kemalangan jalan raya yang kerap berlaku menunjukkan bahawa dasar menaikkan kos saman trafik memang sudah gagal untuk mengurangkan kes kemalangan jalanraya. Ini menunjukkan terwujudnya faktor-faktor lain seperti sistem pengangkutan kita yang kurang lengkap yang menyebabkan pertambahan kes kemalangan jalan raya.

Send post as PDF to PDF | PDF Creator | PDF Converter

Share/Save/Bookmark

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.