July 3rd, 2009 by DAP Seputeh
PERTANYAAN BERTULIS
YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan senarai Sekolah Cina dan Tamil yang telah diberi peruntukan ataupun bantuan khas oleh Kementerian pada tahun 2009.
JAWAPAN :
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Peruntukan ataupun bantuan khas yang telah diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada sekolah bantuan kerajaan pada tahun 2009 adalah seperti bantuan yang diberikan pada setiap tahun di bawah peruntukan belanja mengurus dan juga bantuan pendidikan kepada murid seperti pinjaman buku teks, KWAMP dan sebagainya. Continue Reading »
Posted in Education, Parliament | No Comments »
Sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, ramai penyokong kita tanya bilakah kita akan tubuhkan “shadow cabinet” seperti apa yang diadakan di UK dan negara-negara maju dan sebagainya.
Hari ini, sekreteriat Pakatan Rakyat mengumumkan senarai “shadow cabinet” kita, di mana setiap parti menghantar wakil dalam setiap kementerian.
Saya dah pakai banyak “topi” dan telah memikul tanggungjawab yang berat. Oleh itu, saya hanya mengambil peranan yang sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh saya di Negeri Selangor, iaitu dalam Kementerian
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Kementerian
JABATAN PERDANA MENTERI
PKR
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim,
YB Fuziah Salleh
DAP
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran, YB Ngeh Koo Ham,
YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran Continue Reading »
Posted in Pakatan, Parliament | 2 Comments »
July 2nd, 2009 by DAP Seputeh
USUL UCAPAN PENANGGUHAN DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KE-12 (2009)
JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua.
Kementerian sedar mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam peruntukan Akta 663 khususnya berkaitan peruntukan kuasa Pesuruhjaya Bangunan untuk mendakwa pemaju yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Walaubagaimanapun, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Akta 663 telah menyatakan beberapa peruntukan kuasa pendakwaan kepada Pesuruhjaya Bangunan terhadap pemaju seperti:
1 Seksyen S.5(5)
Kesalahan: Kegagalan menjalankan Mesyuarat Pertama oleh Pemaju
Penalti: Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau 3 bulan penjara. Continue Reading »
Posted in Parliament | No Comments »
July 2nd, 2009 by DAP Seputeh
Ucapan Penangguhan YB Teresa Kok (Seputeh) di Dewan Rakyat Pada 29 Jun 2009
Demi menyelesaikan masalah pembeli rumah di projek perumahan strata, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan pengurusan) 2007 [Akta 663] diwujudkan supaya pembeli dan pemaju boleh menyenggarakan harta bersama sebelum hak milik strata sesebuah bangunan dikeluarkan.
Walaubagaimanapun, banyak kelemahan berlaku sehingga menimbulkan pertelingkahan antara pemaju, pembeli dan Badan Pengurusan Bersama atau JMB selepas Akta 663 dilaksanakan. Akta 663 ini kelihatan tidak mampu menangani isu-isu penyenggaraan harta bersama di projek perumahan strata yang sangat kompleks. Continue Reading »
Posted in Parliament | No Comments »
June 29th, 2009 by DAP Seputeh
Pertanyaan: Bukan Jawab Lisan
Daripada: Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)
Soalan No : 37
Soalan:
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohon di bawah prigram Malaysia My Second Home yang telah memohon untuk menjadi warganegara tetap. Apakah kriteria Kementerian untuk menimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warganegara tetap.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak wujud kategori warganegara tetap dalam Perlembagaan atau Akta Imigresen 1959/63. Malaysia hanya mengeluarkan Permit Masuk (Entry Permit), Permastautin Tetap (Permanent Resident) dan Warganegara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, “Malaysia My Second Home” (MM2H) adalah program istimewa yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membenarkan warganegara asing bersara dan tinggal di Malaysia bersama keluarga mereka untuk tempoh yang lama. Peserta akan diberikan dengan kemudahan visa keluar masuk berulang kali (multiple entry visa) yang boleh diperbaharui atau dilanjutkan. Continue Reading »
Posted in Parliament, Social | No Comments »
June 29th, 2009 by DAP Seputeh
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM
TARIKH : 29 JUN 2009 (Isnin)
SOALAN NO. : 109
SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota polis dalam Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Cawangan Khas di PDRM. Memandangkan negara kita bukan berada dalam keadaan huru-hara ataupun pemberontakan, kenapakah PDRM tidak menggunakan anggota di kedua-dua unit ini untuk menangani kenaikan kes jenayah.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhomat yang mengemukakan pertanyaan.
Jumlah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah seramai 2279 orang manakala jumlah anggota Cawangan Khas adalah seramai 5135 orang di seluruh negara. Continue Reading »
Posted in Crime, Parliament | No Comments »
June 29th, 2009 by Teresa

Performers with autism, Shining Stars, with our guest singer, Zainal Abidin. Parents Resource for Autism (PR4A) president, KC Lim (with glasses) on the left.
Performers with autism, Shining Stars, will be making their debut at this fund raising concert. Jaclyn Victor, Zainal Abidin and Juwita Suwito will sing for us while Hands Percussion and Aseana Percussion Unit will make music with their unique drum playing.
With less than 4 days to the concert, I urge the public to support this cause which is raising awareness of autism and equipping affected families with the effective interventions.
Venue: Plenary Theatre, KL Convention Centre
Date/time: July 3, 4: 8pm-9.30pm; July 5: 5pm-6.30pm
Prices: RM103 and RM203 (www.ticketpro.com.my)
For more info and concert poster, click here.
Posted in Announcements | No Comments »
June 25th, 2009 by DAP Seputeh
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM
TARIKH : 23 JUN 2009 (SELASA)
SOALAN NO. : 112
SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membangunkan dan menggalakkan teknologi hijau di Negara kita. Apakah produk teknologi hijau yang digalakkan oleh Kementerian dan juga insentif yang diberi oleh pengilang bahan teknologi hijau tersebut.
JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan sektor Teknologi Hijau Negara yang akan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan pembangunan Teknologi Hijau. Pembangunan Teknologi Hijau ini dilihat akan meningkatkan kualiti hidup dengan menangani kesan negatif aktiviti manusia kepada alam sekitar dengan menggalakkan amalan-amalan mesra alam termasuk budaya penggunaan sumber secara optimum. Selain itu, Kementerian juga berpandangan bahawa pembangunan teknologi hijau ini juga akan memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan pembangunan ekonomi berasaskan Teknologi Hijau sebagai satu bidang pembangunan ekonomi yang baru. Continue Reading »
Posted in Health, economy, environment | 1 Comment »